Takut hantu sebab belum pernah nampak hantu
Petang itu redup. Angin dari bendang mengibarkan hujung kain pelikat Demang yang duduk bersandar di tangga rumah. Tangan kirinya memegang sebatang lidi, menggodek-godek tanah macam budak tak cukup kerja.
“Aku ni serba salah, Derwish,” kata Demang, mata tak lepas dari tanah.
Derwish diam. Seperti biasa, tunggu Demang habis ayat.
“Aku tahu minyak ni elok… serum Dermags tu pun bagus. Tapi orang takut nak cuba. Macam takut hantu.”
Derwish tersenyum. “Sebab belum pernah jumpa.”
Demang ketawa kecil. “Ha’ah la. Orang takut hantu sebab belum pernah jumpa. Bila tak kenal, macam-macam dia bayangkan.”
Derwish angguk perlahan. “Dalam hidup dan dalam jualan — orang takut pada yang tak mereka faham.”
Demang dongak. “Maknanya kita kena buat orang jumpa ‘hantu’ tu?”
Derwish senyum lebih lebar. “Kita tak perlu serah mereka pada hantu. Kita cuma perlu pasang lampu.”
Demang kerut dahi. “Pasang lampu?”
“Ya,” jawab Derwish, perlahan. “Beri mereka ilmu. Tunjuk jalan. Biar mereka nampak sendiri. Bila terang, hantu pun hilang. Takut pun reda.”
Demang terus bangun, bersihkan kain pelikat. “Kalau gitu… aku nak buat video la. Tunjuk macam mana serum Dermags tu serasi dengan kulit aku yang garang ni.”
Derwish ketawa perlahan.
“Garang pun tetap kulit. Bukan batu.”
Demang angguk. “Dan aku pun bukan doktor. Tapi aku boleh cerita pengalaman aku. Itu lebih jujur dari aku pakai kot putih dan pura-pura faham bahan kimia.”
Nota Cheguman
Bila pelanggan takut untuk mencuba, jangan marah atau paksa.
Mereka bukan tak mahu — mereka cuma belum nampak.
Tugas kita bukan halau hantu. Tapi pasang lampu.
Jom tengok Demang jadi doktor pulak
Comments
Post a Comment