Kita jual produk yang orang guna
“Ni lagi satu. Kau jangan terjebak dengan skim cepat kaya pulak, Demang,” ujar seorang anak muda berbaju hitam, sambil hirup kopi di warung tepi sawah. Beberapa rakannya mengangguk, berlagak macam panel pakar.
Demang tak marah. Dia hanya senyum, pandang Derwish yang duduk tenang di sisi. Seolah meminta izin untuk menjawab.
“Dulu aku pun sangka macam tu,” Demang mula bersuara. “Tapi bila aku tengok betul-betul… sistem Dermags ni tak sama.”
“Tak sama macam mana? Semua cakap ada produk,” balas si baju hitam.
Derwish angkat tongkatnya sikit, seolah minta perhatian. “Bezanya, produk Dermags ada pengguna sebenar. Bukan hiasan rak.”
“Ada ‘repeat order’. Kita boleh bagi bukti orang beli banyak kali. Itu beza Dermags dengan skim cepat kaya yang pura-pura jual produk
Demang sambung, “Ada orang yang kulitnya dulu rosak sebab steroid, alhamdulillah pulih bila guna serum Dermags. Ada yang masalah jerawat bertahun, dah surut. Bukan testimoni hantu.”
Salah seorang anak muda mula berminat. “Tapi bonus tu? Tak ke duit orang bawah naik ke orang atas?”
Demang ketawa kecil. “Bonus datang sebab produk terjual. Kalau tak jual, tak dapat apa. Dan kalau kau cari penjual baru, kau memang dapat komisen — sebab kau bimbing dia, bukan sebab dia bayar yuran masuk.”
Derwish tersenyum. “Bukan duit kosong. Bukan janji palsu. Usaha ada, barang ada. Yang tak ada… cuma kesabaran, kalau kau terlalu mahu cepat kaya.”
Anak-anak muda terdiam. Ada yang tunduk. Ada yang mengangguk perlahan. Seekor kucing hitam putih melintas di bawah meja, ekornya tinggi bergoyang.
Petang tu, warung kecil di hujung kampung menyimpan satu pengakuan — bahawa kadang-kadang, sesuatu yang kita sangka tipu… sebenarnya cuma belum kita fahami.
Orang ramai pun gitu. Bukan mereka tak mahu tapi sebab mereka belum tahu. Tugas kita la tu. 😊
Cerpen menarik: Ada lagi ke orang baca blog?
Comments
Post a Comment