Seni dalam menjual


 

Menjual itu seni. Orang membeli bukan sebab produk semata-mata. Orang pilih klinik bukan sebab ubatnya. Klinik lain pun jual ubat yang sama. Doktor tak buat ubatpun.  😅

Seni Pemasaran dalam Kehidupan Harian


1. Rasa Yakin Baru Beli

Demang tengok botol minyak Morhabshi dalam genggaman.

“Minyak ni elok. Tapi orang baru takut nak beli. Nak pakai pun was-was. Tak yakin,” katanya perlahan.


Derwish angkat kening.

“Sebab itu kita kena bantu mereka merasa yakin. Itu kerja kita, bukan kerja pelanggan.”


Demang senyum.

“Ha, itu aku suka dengar. Tapi macam mana nak buat?”


Derwish bentangkan 5 Langkah Membina Keyakinan Pelanggan:


1. Tampilkan Bukti Sosial (Social Proof)

Derwish: “Kalau orang nampak kawan dia guna, atau baca testimoni sebenar, mereka akan rasa: ‘Kalau dia okay, aku pun okay.’”


  • Paparkan testimoni dengan wajah pengguna sebenar.
  • Gunakan ayat seperti “Ramai ibu bapa dah guna untuk anak mereka…”
  • Tunjukkan video ‘real’ penggunaan produk.


2. Tawarkan Jaminan atau Sampel

Derwish: “Beri mereka rasa tanpa risiko. Bila tiada keraguan, barulah datang keberanian.”


  • Beri sampel percubaan (vial kecil, 3ml).
  • Jaminan wang dikembalikan atau tukar produk.


3. Guna Kuasa Cerita (Storytelling)


Demang: “Macam kisah atuk aku guna minyak ni waktu banjir dulu?”

Derwish: “Ya. Cerita hidup lebih kuat dari statistik.”


  • Ceritakan kisah pelanggan yang pernah sembuh atau selesa.
  • Kaitkan dengan situasi harian (demam anak, gigitan serangga, sakit perut).


4. Hadirkan Simbol Keyakinan

Derwish: “produk muslim, kelulusan KKM, dan pembungkusan kemas – semua itu isyarat ‘boleh percaya’.”


  • Letak sijil atau lesen secara jelas.
  • Rekabentuk label dan pembungkusan mestilah profesional.



5. Gunakan Bahasa Yakin, Bukan Merayu


Demang: “Kadang-kadang aku tulis iklan macam nak minta sedekah…”

Derwish: “Tukar nada. Bukan merayu, tapi berkongsi manfaat.”



  • Contoh ayat: “Ramai pengguna tersenyum lega selepas sapuan pertama.”
  • Elakkan ayat: “Tolonglah cuba, produk kami masih baru.”



Demang tutup botol perlahan.

“Maknanya bukan orang tu tak nak beli… Dia cuma belum cukup yakin.”


Derwish senyum, tepuk bahu Demang.

“Dan tugas kita adalah memberi mereka sebab untuk percaya — bukan mendesak mereka untuk membeli.”


Kenapa orang takut hantu? Sebab mereka belum biasa nampak hantu klik selanjutnya



Comments

Popular posts from this blog

Morha Dermags jalinan kerjasama insani

Bukan jatuh nombor 2